03 August 2012

Tanda- Tanda Kematian Yang Baik


Jika ada 20 tanda2 berikut, mati anda adalah mati yg baik (Husnul Khatimah)
1) Dapat mengucap kalimah tauhid (La ilaha illaLlah). Dalilnya hadis dari Muaz bin Jabal r.a (sesiapa yang akhir ucapannya ialah La ilaha illaLlah maka ia dapat masuk Syurga- Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim). Justeru itu, hendaklah kita mentalqin orang kesayangan kita ketika sakratul maut supaya dia sempat mengucap.
2) Mati hari jumaat. Dalilnya hadis riwayat Abdullah bin Amru bin al-Ash (Mana2 Muslim yang mati di siang hari Jumaat atau malam Jumaat, niscaya Allah selamatkankan dia dari fitnah kubur -HR Ahmad dan Termidzi). Walau bagaimanapun hal bukanlah bererti mati di hari selain jumaat tidak baik kerana baginda SAW sendiri wafat pada hari isnin.
3) Percikan peluh di dahi (Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahinya -HR Ahmad, Termidzi, an-Nasa`iy, Ibn Majah, dan al-Hakim.)
4) Mati syahid di medan Jihad. (Barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, maka ia mati syahid-Muslim). Terbunuh (Mati syahid di medan perang jihad) mungkin susah buat kita umat Melayu, kecuali mereka yg berada di medan Palestin, Iraq
5) Mati di jalan Allah. Ada hadis yang menyebut bahawa (barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, dia mati syahid- Muslim). Contohnya wanita Muslimah yang mati di Jerman, dibunuh hanya kerana dia bertudung.
6) Mati kerana wabak taun. Pada zaman dahulu wabak yang dikenali hanya taun. Pada masa sekarang, terdapat banyak lagi wabak yang dikenali seperti selsema burung, SARS dan sebagainya. Sesiapa yang mati kerana dilanda wabak berkenaan, matinya termasuk dalam kesudahan yang baik
7) Mati kerana lemas (al-gharq) seperti mereka yang lemas kerana banjir, tsunami dan sebagainya
8) Mati kerana sakit zat al-janb (paru-paru). Zat al-Janb maksudnya sakit tumbuk rusuk atau sakit sesak nafas, orang zaman dulu namakan ia zat alJanb, sekarang dikenali dgn pneumonia atau sakit paru-paru berair. Maka mereka yg mati disebabkan oleh komplikasi paru-paru adalah mendapat husnul khatimah.
9) Mati kerana komplikasi perut. Mati kerana komplikasi perut ni banyak jenis melibatkan perut dan intestines (usus), yang paling biasa ialah appendix dan kanser usus. Jadi jika seseorang membawa maut kerana ada komplikasi perut dan usus, maka ia mendapat husnul khatimah, dapat syahid
10) Mati kerana kebakaran. Sering kita membaca akhbar orang Islam yg mati kerana kebakaran baik rumah atau kenderaan yang terlibat dgn kecelakaan jalanraya yg bertukar menjadi kebakaran. Mereka ini juga termasuk dalam mati yg baik. Berilah berita gembira kepada keluarganya.
11) Mati kerana ditimpa keruntuhan seperti ditimpa batu, tanah runtuh dan sebagainya
12) Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya. Dengan penjagaan kesihatan dan polisi kerajaan, ditambah dengan kecanggihan teknlologi perubatan yang moden, jumlah kematian akibat kelahiran agak menurun di negara kita sekarang. Namun jika ada mana-mana ibu yang meninggal kerana bersalin, dia mendapat syahid.
13) Mati kerana batuk kering. (dan mati kerana batuk kering adalah syahid- tabraniy)
14) Mati kerana menjaga harta. (Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya dia mati syahid- Muslim)
15) Mati kerana mempertahankan agama. Dari Said bin Zaid (Barangsiapa yg mati kerana mempertahankan agamanya, maka dia syahid- Termizi).
16) Mati kerana mempertahankan diri dan keluarga. (barangsiapa yang mati kerana mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid, juga yang mati kerana mempertahankan nyawa ahli keluarganya- tarmizi). Perompak memecah masuk dan selepas melakukan rompakan, mereka hendak memperkosa anak dan isterinya, maka ketika itu dia melawan, lalu dibunuh, maka itu adalah tanda mati syahid atau mati baik.
17) Mati ketika berkawal, menjaga sempadan dan bertugas. Hal ini khusus utk tentera dan mujahidin. (Berkawal sentri sehari semalam lebih baik daripada berpuasa sebulan dan mendirikan malamnya. Sekiranya ia mati, mengalir kpdnya pahala amalan yg telah dikerjakannya, berterusan rezki kepadanya dan aman dari fitan (azab kubur-Muslim)
18) Mati ketika sedang mengerjakan amal soleh. Dari Hudzaifah r.a, Nabi bersabda (Barangsiapa mengucap syahadah dgn ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa yg berpuasa sehari dgn ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa bersedeqah dgn satu sedeqah dgn ikhlas lalu dia mati ketika itu, dia masuk syurga- Ahmad). Seseorang yang meninggal ketika sedang mengerjakan amal soleh, maka dia mati dengan petanda yang baik
19) Meninggal di kota Madinah. Ibnu Umar r.a berkata bahawa Nabi SAW bersabda (barangsiapa yang mampou mati di Madinah, hendaklah dia mati di situ kerana sesungguhnya aku akan memberi syafaat terhadap sesiapa yang mati di situ- Ahmad, Termizi, Ibn Majah, Ibn Hibban)
20) Mati dibunuh oleh pemerintah yang zalim. Dari Jabir r.a (penghulu syuhada’ ialah Hamzah abdul Muttalib dan lelaki yang berdiri kepada penguasa yang zalim, maka dia menyeru dan menegah penguasa tersebut lalu dia dibunuh- al-Hakim)
MAKLUMAN
1) 20 perkara ini merupakan tanda-tanda mati yang baik, yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang pelbagai. Timbul persoalan, apakah seorang yang kufur dan syirik juga mendapat syahid hanya kerana mati pada hari jumaat? Atau hanya kerana mati lemas? Sedangkan kufur dan syirik merupakan sebesar-besar dosa. Tanda-tanda ini diibaratkan seperti keuntungan yang berlipat ganda dan menggiurkan namun bagaimana kita inginkan keuntungan berkenaan jika kita tidak berniaga dan tidak mempunyai modal asas. Apa yang penting, kita hendaklah terlebih dahulu menyediakan tapak dengan mengerjakan solat, puasa, zakat dan perintah Allah yang lain serta meninggalkan larangaNYA. Kemudian sama-samalah kita berdoa semoga kita semua mendapat mati dalam keadaan yang baik.
2) para ulama telah membahagikan syahid kepada syahid besar dan kecil. Syahid besar (ada juga menyebutnya sebagai syahid dunia akhirat) ialah mereka yang mati di dalam peperangan menegakkan agama Allah. Mereka tidak perlu dimandi dan dikapankan. Sementara syahid kecil (disebut juga sebagai syahid akhirat) merujuk kepada mereka yang mati dalam keadaan husnul khatimah selain daripada kes mati dalam perang. Contohnya seperti mati kerana sakit perut, mati kebakaran, mati lemas, wanita yang mati bersalin dan sebagainya
Wallahualam…

7 Cara Kempiskan Perut Buncit


1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!

30 July 2012

Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook

1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.
2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.
3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.
6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.
8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku.

Petanda seseorang mempunyai saka

Gejala waktu tidur
-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mimpi melihat budak kecil.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
-Selalu pening kepala.
-Lalai mengingati Allah SWT
-Sering lesu dan malas.
-Rasa sakit di salah satu anggota badan.
-Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
-Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
-Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Mudah marah dan panas baran.
-Emosional dan terlalu sensitif.
-Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
-Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

19 May 2011

JANGAN GELAK

Jangan gelak 1 :
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak...
Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....
 
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata, Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku..."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."
 
JANGAN GELAK 2:
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang... Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00...
mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang. . jangan
ramai- ramai!"
 
JANGAN GELAK 3:
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya.. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.
Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur..
Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."
Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! "
 
JANGAN GELAK 4:
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian.... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. .
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"
 
JANGAN GELAK 5:
MENANTU TERENGGANU : MOK...KALU MOK GI KEDAA... TOLONG BELI 'KETANG' 4 KILO........ NANTI KITO BAYAR MENTUA KELANTAN : BEREEEHHH... ..
SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI......... ......... ......
MENANTU TERENGGANU : LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG'(ubi kentang)...
BANYOK-BANYOK NI....
MENTUA KELANTAN : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang).... .
PAH TU KETE MANO PULAKKKK...
MENANTU TERENGGANU : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI 'KETANG'..... . HOK ADA SEPIK NUNG......(sepit / ketam)...
 
JANGAN GELAK 6:
ATUK : KENAPA CU X SEPERTI KWN SEBAYE CU?TGK KWN² CU..SUME LULUS TINGGI².CU NI ASYIK INTERNET, TV, MAIN BOLA.BILA NAK BELAJAR? BESAR NAK JADI APE??? (marah thp tertinggi smpai nak keluar lava) CUCU : ATUK NIH ASEK BANDINGKAN KTER NGAN KWN² KITE... KTER X MARAH PON ATUK X SAMA SEPERTI KWN² SEBAYA ATUK YANG LAIN...
ATUK : X SAMA APE NYER?
CUCU : YER LA. .KWN² SEBAYE ATUK SUME DAH JD ARWAHKAN??
ATUK : A$B3$T0$!!!! !!
 
JANGAN GELAK 7:
Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan. ..
pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.
Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.
Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di kampungnya.. . Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."
Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya. .. kali ini sebagai Syeikh Arab....
Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."
Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"
Kerana kehairanan yang amat sangat....
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"
Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

21 April 2011

jom klik....

Sasaran Mencipta RM10,000 Hanya Dalam Masa 4 Minggu 
( Modal Rm10) 
-----------------------***---------------------- 
Salam ! Saya Ingin Berkongsi Satu Peluang Kpd Semua Rakan2 Yg Mempunyai Kemahuan Yg Tinggi Untuk Membebaskan Diri Dari Segala MASALAH KEWANGAN !! 

KEJAYAAN BUKAN SATU KEBETULAN !! 
Apakah RAHSIA UTAMA Untuk Memperolehi Pendapatan Maximum Dalam Dunia Networking ? Adakah Jawapannya Marketing Plan Yg Menarik, Atau Memiliki Produk Terbaik ? Jawapannya Adalah BENAR !! Akan Tetapi, FAKTOR Penentu KEJAYAAN SEBENAR Adalah Datang Dari USAHA & KEMAHUAN DIRI YG MELAMPAU Yg Akan Merealisasikannya !! 

Memperkenalkan Satu Peluang Terkini Di www.snipernetworker.com/usernameAnda 
Ianya Bukan Bersifat Pelaburan, 
Bukan Duduk Diam Dapat Duit, 
Bukan Sistem Binary, 
Bukan MLM !! 
SniperNetworker Adalah Satu Badan Bebas Yg Tidak Terikat Dengan Mana-mana Pertubuhan & Ditubuhkan Bertujuan Untuk Membantu Mereka Yg Mempunyai Kemahuan Tinggi Bagi Mencapai Kebebasan Kewangan !! 
Bagaimana Merealisasikan Rm10,000 Dalam Masa Hanya 4 Minggu Melalui SniperNetworker ? 
Tugas & Tanggungjawab Anda HANYA SEKALI Iaitu Dengan MENAJA 10 ORANG SAHAJA Yg Sanggup Mengeluarkan Modal Rm10 & Yg Mempunyai Keinginan Untuk Menambah Sumber Pendapatan ! Itu Sahaja Yg Perlu Dilakukan Bagi Mencapai Sasaran Rm10,000 ! Adakah Ianya Sesuatu Yg Sukar Bagi Diri Anda ? 
Mungkin Agak Sukar Jika Untuk Kita Berkongsi Sesuatu Peluangniaga Jika Modal Permulaan Adalah Rm100 Dan Keatas, Akan Tetapi Melalui SniperNetworker Kita Hanya Bermula Dgn Modal Rm10 Sahaja !! 
Semua Orang Pasti Mampu !! 

Bagaimana Komisyen Anda dikira? 
ANDA : Daftar Keahlian Sniper Networker RM10.00 
KOMITMEN : Anda berkongsi dengan 10 orang di Level 1. 
DUPLIKASI : Setiap Ahli kumpulan Anda akan disusun secara automatik di Level 1 hingga Level 5. 
Contoh Pengiraan : 
Minggu 1 - Level 1 : 10org X RM2 = RM20 
Minggu 2 - Level 2 : 10org X 10org X RM1 = RM100 
Minggu 3 - Level 3 : 10org X 10org X 10org X RM2 = RM2,000 
Minggu 4 - Level 4 : 10org X 10org X 10org X 10org X RM1 = RM10,000 
Minggu 5 - Level 5 : 10org X 10org X 10org X 10org X 10org X RM1 = RM100,000 
Sekiranya Anda berkongsi dengan lebih daripada 10 orang, orang yang ke 11 dan seterusnya akan disusun di Level 2,3,4 atau 5 mengikut Level yang masih ada kekosongan. Cara susunan adalah secara "Random By System" bukannya susunan dari kiri ke kanan. 
Setiap bulan akan ada auto reentry lot-lot baru bagi setiap akaun yang mempunyai baki RM10 di dalam ewallet SETIAP BULAN! Jadi ini akan menjadikan anda BERDUIT setiap bulan hasil re-entry tadi. Jadi BERTINDAKLAH SEBELUM KAWAN-KAWAN ANDA MENYERTAI PROGRAM INI TANPA ANDA SEDARI. 

Dengan Bermodalkan Hanya Rm10, Setiap Ahli Berpeluang Mencapai Pendapatan Melebihi RM100,000 !! 

Bagaimana Menyertai : 
Langkah Penyertaan : 
1 - Register Percuma KLIK DISINI www.snipernetworker.com/usernameAnda 
2 - Untuk Mengaktifkan USERNAME, Sila Buat Bayaran RM10 Ke Acc Company : 
No. Akaun CIMB : 1243 0000 6241 08 
Atas Nama : MAXIN SOLUTION 
3 - Setelah Bayaran Dibuat, Sila Hantar SMS Pengesahan Seperti Dibawah : 
RM10K<>ACTIVE<>Username<>Jumlah bayaran<>Tarikh<>Masa 
Hantar ke : 017 338 4496 
Tips untuk Pengaktifan Username lebih pantas. 
PERHATIAN : Jika bayaran Melalui Perbankan Internet iaitu Maybank2u atau CIMBclicks atau lain-lain Perbankan Internet, Sila Bank-In Mengikut 2 Nombor Terakhir H/phone Anda. 
Contoh : No H/phone Anda 012-3456712, Bank-in RM10.12 Dan Isi Borang Info Pembayaran Di ruangan Login Ahli. Kemudian Masukkan Email kami; admin@snipernetworker.com Dalam Ruangan "Email recipient"

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi : 
017-3384496/013-3095666 

TERIMA KASIH