- Kurangkan meminum kopi dan teh. Kopi tidak bagus untuk saraf. Meminum kopi secara berlebihan menimbulkan ketegangan saraf, darah gemuruh, sukar tidur, jantung berdebar-debar, membuang air kecil dengan berlebihan, merosakkan buah pinggang, mempercepatkan penuaan, gastrik, darah tinggi, peluh yang berlebihan dan sebagainya. Teh juga mengangu fungsi sistem saraf. Tukarkan minuman kepada susu.
- Tidur haruslah mencukupi.
- Elakkan tidur yang berlebihan.
- Elakkan tidur selepas Subuh dan Asar.
- Penjagaan makanan : Amalkan pemakanan seimbang, berzat dan berjadual. Makanlah secara sederhana iaitu tidak terlalu kenyang atau tidak terlalu lapar.
- Rehat apabila badan memerlukan. Jangan melakukan sesuatu pekerjaan fizikal/mental secara berlebihan. Sekiranya badan atau fikiran terasa letih sewaktu bekerja atau membaca, berilah sedikit kerehatan padanya.
- Elakkan ketegangan fikiran, sedih, terlarut-larut dengan emosi dalam tempoh yang lama. Ikhtiarkan untuk memulihkan kedamaian jiwa dengan sentiasa berwudhu', membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa dan bersolat sunat, membaca buku-buku agama atau berjumpalah dengan seseorang yang boleh menenangkan anda.
- Kurangkan memakan makanan yang mengandungi bahan awet, bahan perasa, pewarna dan ubat tahan seperti makanan ringan, minuman bergas atau sebagainya.
- Melakukan onani.
- Melakukan persetubuhan yang terlalu kerap.
Amalkan sekiranya mengalami kelemahan saraf :-
- Berehat dan berbaring di tempat tidur.
- Banyak minum air susu. Kurangkan meminum teh dan kopi.
- Mandi dengan air hangat.
- Banyak minum air oren, lemon atau segala jenis limau.
- Makan makanan yang berselera.
- Makan tomato secara mentah.
- Kunyah dua atau tiga ulas bawang putih pada setiap pagi.
- Makan telur separuh masak yang dicampur dengan madu dan beberapa biji buah badam pada setiap malam.
No comments:
Post a Comment