22 February 2011

BATU HEMPEDU (GALLSTONE)

Batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu atau saluran hempedu.Ianya pelbagai saiz,adakalanya sebesar telur burung puyuh.
Jenis-Jenis Batu
a) Batu kolestrol-biasanya di kalangan masyarakat barat,batu ini lembut bewarna jernih seakan-akan mutiara.
b) Batu bercampur (Mixstone)-Biasanya di kalangan masyarakat Asia yang disebabkan oleh jangkitan atau pemakanan yang
   mengandungi kolestrol dan kalsium yang tinggi.Ia lembut dan pecah apabila dipicit.
c) Batu pigmen- Terdapat pada mereka yang menghidap’anemia hemolitik’(kekuningan) bewarna hitam dan agak keras

Tanda-Tanda/Simptom
1) Memulas bahgian kanan atau abdomen (hipocondium atas).Ia boleh dirasa ke belakang pada urat tulang belikat dan ada
   kalanya rasa sakit belakang.
2) Batu yang terdapat dalam saluran hempedu boleh tersumbat dan menyebabkan gejala jaundis atau peradangan kilanag pankreas
3) Acute (tiba-tiba)- Batu yang tersumbat dan berterusan ini mengakibatkan pesakit terpaksa di masukkan ke wad kerana bimbang ada yang pecah.Apabila pecah ia boleh membawa maut.
Rawatan / pengesanan
1) Ujian X-ray pada abdomen
2) Ujian ultrasound dan CT scan
3) Ujian endoskopi (ERCP)
4) Kaedah ‘oral colisis gland’

Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

No comments:

Post a Comment